
Monday, February 28, 2011
123..

jom join bloglist blogger baru
~kena tinggal~

Saturday, February 26, 2011
jiwa kacoo
Friday, February 25, 2011
~huru hara~
Thursday, February 24, 2011
~sabar~

salam semua..ptg2 ni..kena plak tgh ujan2 ni,tetiba rasa sayu je hati.sejak berblogging ni dah mcm2 blog yg sy jenguk dan paling sy sedey bila baca tentang kehidupan org lain yg tak bernasib baik. jika slama ni sy rasa sy la manusia paling susah sgt..sy la yg slalu ditimpa masalah tapi rupa nya sy silap. insaf sy bila baca tentang org lain..kesusahan org lain..apa pun sy bersyukur dlm allah swt turunkan pelbagai dugaan buat sy tapi DIA tetap mengizinkan sy memperolehi kesihatan yg baik.tenaga utk bergerak ke sana sini..mampu bekerja.betapa kerdilnya sy.
~award~
~jannah~
salam semua.huhuh bila nak taip ni rasa sedey plak sebab nak cite pasal mlm tadi.mlm tadi incik suami tak ot so okla..masak adalah aman la skit sebab jannah ada org jaga.bila dah siap bagi dia mkn semua. kami layan la tv tgk bola mlm tadi skali tu jannah mula la wat perangai hek sana hek sini..semua tak betul.ok saboo laie...waktu kami mkn plak dia nak kami duk sebelah dia main games..dan paling geram dia tak leh games tu lambat loading.aduh kalau la ummi ni doreamon ke ada kuasa magik udah lama dah ummi wat games tu klik jer kuar trus..sabo je la.dia tak pueh ati dia majuk.
teruja
~khas buat eja~
Wednesday, February 23, 2011
"Gathering di Bangku Kosong"
isk isk isk

~saya~
GA:SAYA NAK HADIAH DARI MUMMY

group baru
Tuesday, February 22, 2011
sakit rahang
~entry jiwang karatzz~
SEDETIK LEBIH-Anuar Zain...
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
khas untuk incik suami...
p/s:walaupun dia tak penah jenguk blog bini dia tapi ini kami dedikasikan utk dia..huhu
~manja~
salam semua...ni nak cite kisah anak dara kami sekarang ni. sejak dah beso ni wah bajet beso sgt la anak dara sy tu kan.mandi pun dah sendiri jer kalau ummi dia masuk skali dlm bilik air di halau nyer ..pi aa kit...(tepi sikit) wah bajet umo 17 thn ke ko hehehehe. kalau nak mandi..dia akan ckp nak mandi kewek..ha memula dia ckp camtu ummi ala2 blur gak..kewek apakah?ghuper2 nyer itik..kwek kwek saboo je la.memang lawak kalau dgr ap yg dia ckp masa mandi ala2 cam kat nursery tu la..ada kawan duk sembang2..tapi dia ckp gan kewek2 nya layan kan aje la budak kecik ni.
Monday, February 21, 2011
rasa nak marah tapi...
alhamdulillah
faceblog

pening...
dijemput pulang
Saturday, February 19, 2011
sepi
SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER

- Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER dan linkkan ke entri ini
- Pastekan url entri anda tu di ruangan komen dan jangan lupa , PASTIKAN TULIS SEKALI KATEGORI 1 atau 2 selepas , url tu.... contoh : http://www.benashaari.com/khas_buat_blog.html ( KATEGORI 1 ) .. macam tu.. ok ?ok la sesaper yg nak join jom...
Tuesday, February 8, 2011
doa..
Doa adalah permintaan atau permohonan seorang hamba kepada Allah Subahanahu wa Ta‘ala dan sebagai jalan untuk menyatakan hajatnya. Hajat seseorang itu terlalu banyak, tidak terkira, lebih-lebih lagi di saat-saat ia susah, menderita ditimpa bencana. Doa itu adalah ibadat kerana ia merupakan penyataan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan kelemahan dirinya. Ia juga merupakan pengakuan seorang hamba bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Berkuasa sama ada untuk memakbulkan doanya atau sebaliknya.
Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata:
Maksudnya:
Quote
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
KONGSI ILMU..

MILIKILAH SIFAT MALU
Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.
Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu. Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.
"Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu" bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.
Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata:
"Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman."
Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)
Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.
Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.
Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.
Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.
Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.
Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.
Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.
Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.
Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.
Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.
Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa "Malu bertanya sesat jalan". Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.
Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata'ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata'ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.
p/s:tq pada penulis