Tuesday, November 30, 2010

renung2kan


KISAH DAN TELADAN

tq @http://kisahteladan.info/


kisah dua sahabat dan pohon kurma.

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan seribu satu kisah cinta, langsung tak tertanding

dengan kisah persahabatan mereka. Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan dan iblis. Mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudar

aan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kera

na kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita

telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya

begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba

bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai

sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah

mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar

kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.

“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana

kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.


hermm alahai


salam all...smalam tekak sy bertukar menjadi tekak minah saleh..wah luper diri slalu mkn belacan cecah air kopi..huhuh. smalam pertama kali try wat pizza.huhu tak la terre cam org2 lain.apa pun tq pada abg mat @http://tiffinbiru.blogspot.com/..sy amik resipi dari situ.tapi ada gak bahan tka cukup dan sy amatla durhaka..tukar ikut suka heheheh..maaf yerk abg mat. sy wat dua keping dulu try test..kalau best buat laie.wah bajet chef la plak kan.ok berbalik pada tajuk n3 sy...waktu tgh bz tung tang tung tang kat dapur...tetiba sy berpaling ke blakang....sila jgn pandang blakagn yerkk huhuhu..ada bau yg menyucuk2 idung sy..bajet cite seram ok...jeng jeng jeng....rupa2 nye bau vick..adeyyy anak dara sy telah melumur vick atas badan dia..aduhh anak...tokey vick pun leh bankrappppp nak oiii...inikan plak ummi kau..apa laie sessi hulk pun kuar la...ni dah mcm jadi -jadian dah ni.



huhuh see dah bertukar...heheheh. apa laie budak kecik nangis la ummi dah bertukar.bau pun ya amat la kuat vickkk...abihla vick acik wehh. bawak pi toilet basuh pehtu tukar baju.bagi amaran keras trus tgk katun..hehehe.kul 10 incik suami balik.settle sumer mkn suda apa sudah.time utk tiod..ha rupa2nya anak dara sy membalas dendam ok..sedang elok ummi baring jer dia leh plak smack dowm ummi aduhh anak...mau patah pinggang ummi kau nak..ikut saper ni ekk...heheheh sila la pikir sendiri.huhuhu.saboo jer la wehh dgn kerenah anak.layankan ajer..tapi bila incik suami bawa beg jsekolah dia ckp nak antoo dia umah nenek ha tau plak minta simpati gan ummi nya...saboo jer la...

Monday, November 29, 2010

ujung minggu kami

salam all..ari sabtu patut aritu bawa kakngah tapi cancel sebab dia nak ajak makndak so incik suami keje ari sabtu tu.tinggal la kami 2 beranak kat umah.huhuh biasa la ari cuti kan.pas incik suami pi keje saya layan zzzZZzz balik sebab tgk best nyer jannah tidoo..sian dia tido sensorang..meh ummi teman ok heheheheh alasan kena terbaek beb.pas dia bgn mandi2 settle apa yg patut apa laie kelab mari bermain bersama jannah pun buka la.sambil dia main sambil ummi kemas umah.sib baik dia duk diam leh wat keje gan aman.pas zohor ingat nak buat kek tapi alahai rajin nye..layan2 jannah skali ummi zzZZZzz apa kes ummi kau ni jannah asyik tidoo jer.keje kutip kelapa sawit ke..huhuhu..sedar2 tgk2 jannah pun sama landing..ooo ujan kalau tak silap saya..tu yg best je tido.ari ahad kami biasa nya kami ke pasar tani danau kota tapi sebab lauk ada laie so kami saje bawa jannah jenjalan.ajak incik suami ke jj..saje nak cari watercolour utk jannah.apa laie bila dah dpt sumer dia colour ha sib baik tak colour ummi kalau tak abih la jadi pelangi la ummi pasni.tapi bagus gak dia leh warna dan leka wat benda tu jer..nanti esok kita main color2 laie ok jannah.smalam kan ujan jer..ingat nak pi umah makcik tapi sebab lebat sgt tangguh dulu.pas maghrib pi jugak la dah dia ajak mkn rendang so laju la kami ke sana.dlm kul 10 balik gombak.jannah sejak dah besar ni dah pandai ajak balik umah.skit2 jom la balikk....wah kau tak agak2kan..tak sempat ummi nak gosip2 gan makngah..apa pun ujung minggu sy adalah seronok..sebab dpt bersama org2 yg sy syg...

Friday, November 26, 2010

jumaat....

salam all..kejap je kan dah jumaat balik.esok cuti sabtu ahad..ke mana korang esok dan lusa. apa plan?esok kami akan bawa kak ngah ke shah alam.tu je plan utk esok yg lain lom set.tapi cam biasa la nak kemas umah..gosok baju...huhuhu...arini waktu antar jannah dia wat muka sedey dia..peluk kami dan nangis..alahai anak ummi. awk dah besar.sekolah kan best...ni nak kena gali laie ni ilmu keibubapaan laie jawabnye..masih kureng laie..camne nak bagi dia rasa seronok rasa gembira bila ke sekolah...korang ada petua..meh la kongsi2 gan kami...kadang2 dia ok kadang2 dia meragam bila nak ke sekolah.anak oo anak...kau la ratu kau la penawar syg...okla kengkawan...moga ujung minggu korang ni dipenuhi dgn aktiviti yg berfaedah...

Thursday, November 25, 2010

kami..

salam all..smalam pas keje pi amik jannah.wah sgt seronok dia di tempat baru..alhamdulillah dia still blaja utk menerima pemindahan ni..arap sumer nyer ok dan berjalan lancar.incik suami ot smalam so tinggal kami berdua jer..ujan plak.tetiba jannah kuarkan kotak tepung kuih..

~~ummi nak kek..
~~tu biskut la jannah
~~nak kek.....
~~ha iyer la...(pasrah ok)layan kan aje...

ajak dia uli tepung skali...ha jgn luper basuh tgn bersih2 yer anak2 heheh..duk ajar dia masukkan tepung butter..telur..uli2 then jadi la doh...(ni yg segera nyer)ummi malas heheheh.tgh buat biskut adik plak dtg..nak amik kete mak.ujan jgn cite la lebat gak..dah siap bentuk kan biskut suruh jannh letak coklatrice yg warna warni tu..ha amik kau skali byk..adey la anakk saboo jer la.kengkadang buat kuih bersama gan anak ni seronok gak..esok2 dah rajin wat utk ummi yerk nak..bioo ummi lepakkkk heheheh.bila tiba time bakar tu lawak la..luper nak panaskan dulu microwave...aaahh blasah jerk..skali tu ha amik kau kuat sgt suhu..teritam skit biskut kami..kali kedua ok cantik jek...so plan pasni nak wat kek bersama jannah...incik suami apa laiee bawa la kami pi soping brg kek..heheheheh wahh rajin ke....tettt.....okla korang..apa aktiviti korang smalam..moga arini lebih baik dari smalam ok...

Wednesday, November 24, 2010

anak ooo anak

salam all..arini ari last anak sy kat child care..ptg ni amik kat kindergarten...udah masuk kelas 4 thn.keja je masa berlalu kan..rasa mcm

~~baru je disahkan mengandung...setelah muntah2 ijo heheh
~~baru je pi daftar nama kat nursery...panjang nyer list nama....
~~baru je naik ambulan pi spital serdang sebab nak bersalin...
~~baru jer kena bius ka blakang...adeyy akit oooo..heheheh
~~baru je sedoo ehh ada anak dah..dah tak leh jimba2 lompat2 mcm biasa..kena control ayu pasni heheheh
~~baru jer pas pantang.....huhu byk kisah dan tauladan...
~~baru jer daftar keje setelah 2 bln bercuti..pasni 90 ari..wahhh...bila nak ngandung laie ni hehee
~~baru jer...ehh brapa byk kali baru daaa...tapi ini la hakikat nya..

anak sy dah makin besar...dan saya..makin muda??pasan kejapp..ayu jelita...wah pasan terlebih2...heheh apa pun masa beredar begitu pantas..perasaan?yeah ni la perasaan yg sama yg ibu2 kongsikan...seronok gembira bahagia kerna anak...yeah anak membahagiakan..dan sy sgt la kagum dgn ibu2 yg ramai anak yg leh jaga anak2 mereka tak kire apa jua situasi..utk anak jua byk urat2 ibu2 yg putus ok...dan sy juga menyokong penuh penyusuan badan utk anak2 ni..walaupun sy tak dpt nak memberi sepenuhnya susu ibu pada jannah..maaf yerk jannah...ummi kurang ilmu masa tu...dan still mencari dan belajar tentang ilmu keibuaan ni...haa panjang tull sy membebelkan..apa pun..tak kire 1, 2 ataupun 12 (ini impian miera ok)heheh bilangan anak kita..didikla mereka sebaik mungkin..berilah ilmu dunia dan akhirat yg secukupnya kepada mereka..jika ada kekurangan percaya la allah swt merancang sesuatu yg indah utk kita...
~alhamdulillah..sy bersyukur kerna dikurnia kan jannah dlm idup sy....

Tuesday, November 23, 2010

sejukkk

salam all.huhuhuh cuaca adalah ujan..best sgt sejuk sampai asyik ke toilet jer ni hehehe..mata pun mula la kejap2 nak pejamm sy cuba taham tapii ehh mata ni degil tau heheheh..alasan semata2.apa aktiviti korang arini hehehe sy telah berjaya meng5s kan laci2 sy...sgt puas ati sebab kertas2 yg tak pakai tu kasi buang sama dia..tapi ada satu kabinet lom sempat bersihkan laie.dah 2 ari tak update kan blog saya.smalam maklong sy kirim kuah kari ayam dia..aduh best nyer..patut la sy ni gemuk asyik mkn jer...mulut la tak reti tutup nak je mkn heheh salahkan mulut plak..smalam gak sy masak daging yg mak bagi tq yerk mak walaupun anak tak balik raya daging korban tetap menyusul...tq tq..nanti bln 12 ni sy bawa mak pi tempat yg mak nak pi tu ek...heheh incik suami sila keje keras coz isteri nak kikis gaji bln depan heheheheheh.....okla korang...hati2 dlm apa jua yg korang lakukan...

Saturday, November 20, 2010

ari sabtu saya

salam all..huhu kejap je kan dah ari sabtu..ari jumaat lepas pi keje tapi sunyi je.ramai yg cuti.huhuh naik kete pun perhgg nyaman je rasa tak jem hehe(ehhh mcm slalu rempuh jem hehe)kat blok kami laie la kami jer yg keje..org lain sumer cuti.ha hasil nyer moh kita melepak kat opis huda..opis dia jer yg penuh arini..opis dean tutup..department kami pun tutup..heheh memang sunyi..pi kantin pun alahai bosan...
arini incik suami keje so duk gan jannah jer la..menu arini mudah dan ringkas sup sayur...jannah yg request..so layan kan aje.layan tv layan katun haa pehtu ummii zzzzzzZZzz...pas zohor incik suami balik...tak de ke mana pun duk umah jer..tido kan jannah then layan movie laie...nak online line yg entah apa2 so mlm ni la baru leh on...okla tu jer aktiviti kami arini..esok nak ke pasar cari lauk dan bahan kering udah abih la....
haa tadi masa lepak gan jannah..tetiba dia kata..ummi nak ayah bli kucing ..haaa nak bela kucing aa sudahh hehe tunggu kau besooo ok..bila dah pandai uruskan ok...huhuh dah la ummi ni sensitip bila kucing gegel2 kat kaki huhuhu...layankan aje la...hehehe

Thursday, November 18, 2010

4 thn bersama


salam all..arini sambutan ulangthn perkahwinan sy gan incik suami yg ke 4..muda laie usia nyer...masih panjang berjalanannya..walaupun mcm tu pelbagai dugaan kami tempuh bersama..susah senang..jatuh bgn..alhamdulillah allah swt masih izinkan kami bersama.moga dgn keredhaan yg maha ESA perkahwinan kami ini berkekalan..kami tetap bersama walaupun dilanda onak dan duri...so arini apa agenda yerk...tak pasti laie..sy cuti laie sementara incik suami keje..sy berdoa agar perkahwinan kami berkekalan sampai bila2...moga allah merahmati kami berdua..tq abg kerna berada disisi syg susah dan senang..dan tq kerna thn dengan kerenah isterimu ini...luv you..muahhhhhhhhhhhhhhh..sila jgn muntah ijau kengkawan ek hehe..doakan kami...


p/s : jannah adalah bukti cinta kita berdua

Monday, November 15, 2010

bertukar

budak kecikk yg dah besooo

salam all...tajuk tak leh bla kan..ala2 power ranger gitu..bertukar...okla beno nyer nak cite..tadi waktu amik jannah dari child care dpt la 2 memo..


~~1..cuti raya ni..nursery tutup 2 ari..

~~2..anak ku transfer dari orchid ke daisy...


alamak dah besoo anak ummi yer...mcm rasa baru je ngnadung kan jannah..mcm baru jer daftaf kan jannah...rasa mcm mimpi jer..iyer la anto jannah dari umo 2 bln lebih..dari tak tau apa2 dari dah pandai mcm2..tq teacher child care..byk jasa2 korang pada akak..sekurang2nya jannah dah tau berdikari..tau serba sedikit tentang ilmu..tak terbalas jasa2 korang sume..moga allah swt merahmati teacher2 child care..yg byk bersabar gan kerenah jannah keletah dia..yg kadang2 ummi pun rasa cam nak bertukar...jadi hulk hehehehehe...tapi apa pun tq byk2..pasni suasana berbeza..teacher berbeza...moga jannah cepat sesuaikan diri...mudah dpt ilmu..huhu agak2 rindu gan child care...err errr abgg......nak baby...hehehehehehehh opp sila yekr jgn muntah...sessi manja plak kan....hehe..apa pun aku puas ati dan bersyukur sebab alhamdulillah rezeki jannah masuk nursery iium ni murah sgt..pas abih pantang jer tak lama dah dpt. okla pasni jannah kena lebih fokus ok..tak mo nangis2 laie ok..dah masuk kelas 4 years ok...syg jannah..


~~dlm kepayahan ku temui sinar mentari..aku bersyukur kerna dlm kealpaan...DIA tetap memberi peluang...amin~~

cuti bakal menjelang


salam all..huhuh esok last keje..opsss bkn dah nak pencen ok..tu lamaaaaaaaaaaa laie hehe..last sebab rabu dan khamis ni cuti raya haji...jumaat keje balik..huhu sedey coz patut dah plan baek punyaaa nak balik kg tapi sebab incik suami cuti sehari so kita berkorban rasa la ek..heheh raya kat gombak gitu heheheh...so pada kengkawan yg dah start cuti esok..kat sini sy nak ucapka..


~~selamat menyambut ari raya aidiladha....esok kalau mampu puasa sama2 la kita puasa ye...

~~berhati2 balik kg...jgn korbankan diri anda...ingat insan2 yg syg pada anda sumer..

~~rumah jgn luper kunci..nanti terkorban harta benda kena sapu dek pencuri....

~~kim salam pada keluarga.....uwaaaa sy tak balik kg......
~~ada org buat open house ke nanti jgn luper ajak sy....huhuhuhu..


ok sekian..heheheheh..apa pun moga kita dirahmati diberkati....

Friday, November 12, 2010

ari jumaat kami

salam all..huhu pepagik ujan turun gan lebat nyer..huhuh sedap nye tido..tido je kan keje kami ni..so papagik anto jannah pi nursery..biasa la kan agak2 dah tiba pintu nursery ummiiiiiiiiiii haa kasi panjang skit harkat tu ok heheh...biasa la jannah manja..pas suami anta kami trus la menapak ke exam hall sebab arini jaga exam bebudak..mcm2 ragam tul bebudak time exam ni..nak kata tak blajo entah la..tapi naper musti meniru gak..adey la kalau dah tak tau nak jawab abaikan jer...wat yg lain..ha mana tau kot dpt ilham pastu..ini tak duk jenguk2 jiran tetangga..kepala dah mcm bumi 360 darjah pusing nye..bila kita tegur ermm sy luper la formula nye..bagi susu formula baru kau tau heheheh..mcm2 kerenah yg simpan formula kat toilet pun ada..sian tul tgk mereka ni.sebab mereka ni la buruk nama bebudak yg lain.nama je duk universiti tapi isk iskkk...tak takut ker..lulus dgn hasil meniru..tak de apa yg nak dibanggakan pun..kalau pasni result terbaik pun tapi hasil meniru eee baik la laie budak yg fail tapi tka meniru....apapun ni nawaitu masing2 kan..ada dianugerahkan akal maka guna la sebaik mungkin...okla guy moga ari jumaat korang diberkati...selamat berhujung minggu

Thursday, November 11, 2010

sejuk perut ummi

salam all..ni kisah pasal smalam.ptg smalam pas keje incik suami amik kami awl la juga sebab dia ot...tu biasa la rutin dia.kalau dia ada ot amik bini gan anak awal then anto balik pehtu dia pi sambung keje balik..ok berbalik pada cite smalam..masa amik jannah kat nursery smalam jumpa la teacher atul kesygan jannah...so tanya la jannah ok ke..kata teacher ok kak..arini dia byk ckp..laie satu dia ajak sy pi solat..jom la solat..huhuhu tak tentu masa plak anak ummi ni ajak org solat yerk..sejuk perut ummi kau nak..moga2 biarla iyer berkekalan..jgn kecik2 jer rajin solat dah besoo kelautttttttttttttt..heheh masa tu ummi sebatttt heheheheh....tu la kerenah anak gadis sy..dah makin besar dah makin byk ckp..dan yg paling sy terharu dia dah leh berselawat..tq allah swt kerna dlm aku berada dlm keadaan yg serba kekurangan..Kau kurniakan anak yg cerdik fikiran..penyeri idup kami.walaupun cuma sorang tapi dia tetap ratu ati kami berdua..alhamdulillah....
.

jannah dan aye....

Wednesday, November 10, 2010

dlm kesukaran

salam all..2 3 menjak ni idup rasa nye agak huru hara disebabkan sesuatu yg menimpa.rasa sakit ati..geram ...benci sumer ada.naper harus kami yg dikutuk dihina slama ni diganggu..tak puas kah laie dia menghina kami dulu skrang dia dtg menyusahkan idup kami. terlalu geram dgn org yg mcm ni.kerna terlalu membangga diri bila dia terjatuh terduduk..kami dijadikan bahan utk dia lepaskan segalanye...cukup la..jgn ganggu idup kami laie..tak terfikir kah dia apa yg dia lakukan ni salah..mana ilmu2 dia yg tinggi tu..yg bagus tu..org yg aku syg diganggu..sampai idup jadi tak keruan..jadi pelarian..kalau la aku ni ada kuasa dah lama aku campak dia ke angkasa lepas..dudukla kau di luar sana kerna kau tak layak mengganggu idup org2 yg ku syg..slama ni kau pijak2 maruah kami..kau kutuk2 kami.naper skarang kau jadikan kami tempat kau nak menumpang..mana pergi kehebatan kau..kami tak penah perlukan kau..tak penah terfikir yg kau tu penting dlm kehidupan kami.cukupla...pergi la kau dari penglihatan kami.jgn sampai kesabaran kami semua tercabar..jgn kau ingat kau jer kenal org berpangkat...jgn kau ingat kau ada kuasa..kau luper...kami ada Allah swt...Dia tempat kami berlindung..moga Allah swt pelihara kami dan lindunggi kami dari gangguan kau..

Saturday, November 6, 2010

kisah cuti

salam all..ari khamis aritu kami dpt call dari adik tanya balik ke kg cuti ni sebab nek seknah dah uzur..so bincang gan incik suami dan kami sepakat balik kg ari jumaat pagi.pepagi tu balik sg besi join makndak dan mokteh gerak balik melaka..sampai kg singgah umah maklong tgk nekseknah..kurus sgt tinggal kulit gan tulang jer..sian dia..uzur sgt dah. makcik jb pun balik gan ija. so minggu ni memang ramai la yg balik..saudara mara dari singapore tiba tengahari dan pepagi sabtu...iyela kita cuma merancang yg menentukan allah swt..so mana sedara yg jauh tu dtg jenguk nek seknah...moga allah swt permudahkan segalanye...
balik kg kali ni memang bidan terjun tul dgn tak de rancang apa2 trus jer balik.walaupun gitu balik kali ni terbaek tul...ramai yg balik..dah mcm raya kita plak heheheh..mkn pun memang marveless...gan air tebu asli keluaran family sendiri heheheh gan kari ayam kg maklong yg sgt sedap perghh gemuk sy...hehehe.ptg tadi ujan lebat tul sampai la mlm ni...memang sejuk.best kan bila duk kg tak de la jln yg jem bising yg melampau...huhuh moga allah swt permudahkan segala urusan kita...
kejap je kan rasa cuti...walaupun 3 ari tapi mcm 3 saat je huhuhu...esok dah nak balik kl balik..smalam adalah ari yg paling menyakitkan ati..biar la allah swt je yg mengadili semua tu..aku redha..apapun yg dpt aku katakan..biar setinggi mana pun kelulusan kita...kita tak de hak utk ego...bangga diri...berlagak..dgn org lain..yg memberi kita rezeki tu allah swt so jgn la masa kita susah bkn main kita bagi janji manis tapi bila dah berjaya kita bagi racun plak..tak ke menaniaya org nama nye tu..ni kali ke 2 aku terkena gan 'org' bijak pandai ni..dpt pangkat trus lupa diri..moga allah swt beri mereka petunjuk....

Thursday, November 4, 2010

kerenah anak

salam all..kadang2 lawak kan bila layan anak2 kita berckp..nak plak yg kecik2 ni.adey la jawapan mereka wat tak kering gusi kita dibuatnye...smalam waktu tgk cite katun gan jannah..ada iklan tunjuk baby..alahai cute sgt.kami saje je tanya jannah.

~ummi~jannah nak baby tak..ok tak kalau ummi ada baby..
~jannah~lekut...sambil geleng pala...(lekut tu kedekut)
~ummi~saper plak yg kedekut...
~jannah~jannah...

adey la anak ku..kedekut yer tak mau kongsi kasih syg gan org lain..heheh sabo je la kan..muka dia serius jer masa jawab tu.paling tak tahan waktu main sensorang bleh plak panggil nama kawan nursery hehehehe tak menahan tgk...jannah jannah..makin beso makin bijak...layankan aje..

Tuesday, November 2, 2010

jannah demam

salam all..mlm tadi waktu nak tido tgk2 si jannah lemah je.skali demam anak dara kami ni.resah gelisah je mlm tadi.tido tak lena.sian dia..panas sungguh.kami bagi dia ubat demam so surut la skit.tapi pepagi tu waktu kami bgn nak pi keje rasa2 alahai panas laie.so kami amik keputusan amik el la arini..sian jannah.dia baru je lelap tadi nak angkat pi sekolah karang mengamuk plak.seharian la kami berdua di umah..membuta..mkn membuta laie heheh...okla guy...tadi dah taip pepanjang skali error..idea pun dah ilang baik kami tidoo laie best..ok guyss slamat mlm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...