berbalik pada doa..korang tau tak..
Rasulullah saw pernah bersabda bahawa doa merupakan senjata yang ampuh bagi orang mukmin
maka apa jua yg kita lakukan..jgn luper utk berdoa..moga allah mempermudahkan segalanya..
Oleh : Mufti Brunei ~~tq iluvislam.com
Doa Itu Ibadat Dan Senjata Orang Mukmin
Doa adalah permintaan atau permohonan seorang hamba kepada Allah Subahanahu wa Ta‘ala dan sebagai jalan untuk menyatakan hajatnya. Hajat seseorang itu terlalu banyak, tidak terkira, lebih-lebih lagi di saat-saat ia susah, menderita ditimpa bencana. Doa itu adalah ibadat kerana ia merupakan penyataan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan kelemahan dirinya. Ia juga merupakan pengakuan seorang hamba bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Berkuasa sama ada untuk memakbulkan doanya atau sebaliknya.
Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata:
Maksudnya:
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Quote
“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment