Tuesday, December 7, 2010

alahai perut...

gini le gaya nye sakit perut...

salam all..smalam kami tido sg besi coz mak ada dtg sini.dpt la jumpa mak kejap.pehtu dah alang2 tu tio la sebab arinikan cuti maal hijrah.skali pepagi tadi incik suami kata dia kena keje..wallaweyy cuti pun kena keje gak ke...sabooo jer la tapi sebab arini perut sy amat la tak brapa nak sihat so nak tak nak incik suami terpaksa la tak pi keje..wah ayat terpaksa kata nye dlm ati saper yg tahu.heheheh.entah naper perut sy sensitif plak 2 arini sakit jer..nak kata cirit birit tak juga tapi rasa loya ...nak muntah tapi tak de apa plak yg kuar..dugaan thn baru ni..balik umah duk rest je la..jannah incik suami tolong layan heheh. tadi singgah isi minyak pehtu nak cari eno,skali jannah nampak mainan set memancing dia nak..so bli kan la..bila tiba uamh skali dia ngamuk2.incik suami kata dia nak set doktor yg dia nampak tadi..wallaweyy kalahh tokeyy balak dah kami ni...incik suami bawa dia pi jenjalan sebab dia dah ngamuk2 kat umah.ummi dah tak larat nak layan dik kau arini..dah nampak bantal nak landing..perut adalah sgt 'baek'. tak lama tu jannah balik ha amik kau set doktor kat tgn.paling tka tahan ni ummi ygterbaring la jadi mangsa.jadi pesakit dia..huhuhu layankan aje.dah beso nak jadi doktor ke jannah?arini gak sempena maal hijrah da cite pasal mencari jannah kat oasis..hehe layan...bila jannah dgr nama dia org duk sebut2 kat tv tu pasan la tu siap angkat kepala cari saper panggil dia..huhuhu saboo jer la..okla kengkawan doakan perut sy cepat ok..ni dah kurang skit moga2 pasni sembuh la.anak gan incik suami dah kebabomm..penat main bersama la tu..layan kan aje

Monday, December 6, 2010

maal hijrah



salam all,jgn lupa arini baca doa akhir dan awl tahun. moga segala amalan kita diterima dan kita dirahmati dan dilindunggi Allah swt. marilah bersama2 kita berhijrah menjadi yg lebih baik..lebih beramal soleh dan moga segalanye dipermudahkan




DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DOA AWAL TAHUN

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...